BODYKEY INBODYWATCH

InBodyWATCH ialah penjejak kecergasan/aktiviti yang boleh pakai yang bukan sahaja menghitung langkah, menjejaki pola tidur dan memantau kadar denyut jantung anda; tidak seperti penjejak konvensional, ia mengukur komposisi tubuh dan juga menjejaki tahap tekanan. Ia mudah disegerakkan dengan telefon pintar melalui Bluetooth, menawarkan ciri-ciri penjejakan lanjutan seiring dengan BodyKey Mobile App 2.0 dan direka khas untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup anda. InBodyWATCH menjadi pelengkap Kit Permulaan BodyKey NutriliteTM dan menghasilkan pengurusan berat badan yang lebih berkesan dan sihat apabila digunakan bersama-sama.

Menggunakan Analisis Impedans Bioelektrik (BIA), InBodyWATCH mengukur peratusan lemak tubuh anda, jisim lemak, jisim otot dan Indeks Jisim Tubuh (BMI), serta menggabungkannya dengan ciri-ciri penjejak aktiviti termaju untuk mengukur langkah, jarak, masa dan kalori yang dibakar dalam waktu nyata menggunakan akselerometer 3D dalaman. Sementara itu, kaedah PPG (Photo-plethysmography) digunakan untuk sentiasa mengukur kadar denyut jantung anda dalam waktu nyata dan seterusnya mengira tahap tekanan anda melalui HRV (Kebolehubahan Kadar Denyut Jantung). Di samping itu, ia menggunakan sensor gerakan jitu dan algoritma berkuasa untuk menjejaki anda secara automatik dan menyediakan analisis tidur (Lena, Tidak Lena dan Jaga) melalui BodyKey Mobile App 2.0. 

InBodyWATCH juga dilengkapi dengan ciri-ciri Pintar yang lain seperti skrin sentuh yang mudah digunakan, masa auto, penunjuk tarikh dan hayat bateri serta pemberitahuan untuk panggilan, mesej SMS, WhatsApp dan LINE. Gunakan ciri-ciri seperti Penggera (Matlamat, Pergerakan, Sajian), ringkasan langkah secara berkala pada skrin, keputusan InBodyTEST, senaman dan kadar denyut jantung untuk memantau jumlah langkah yang anda ambil, tempoh senaman, kalori yang dibakar dan jarak yang dilalui. Yang paling hebat, fungsi-fungsi ini boleh dijalankan secara bebas di InBodyWATCH, dengan atau tanpa BodyKey Mobile App 2.0.

Dari segi ketahanan air, ia disahkan IP68 yang memastikan InBodyWATCH dilindungi apabila anda mencuci tangan atau mandi sekejap di pancuran. Namun, ia tidak direka untuk berenang, jadi seelok-eloknya pastikan peranti kering dan elakkan terendam dalam cecair. 

Reka bentuk yang tak lapuk dek zaman boleh diselaraskan dengan mudah untuk pemakaian harian kerana ia boleh digunakan dengan sebarang gegelang bersaiz 18mm lebar. Bergaya namun berfungsi, InBodyWATCH telah memperoleh Anugerah Inovasi CES 2017 yang berprestij untuk reka bentuk dan kejuruteraan cemerlang dalam produk teknologi pengguna.

CARTA PERBANDINGAN - (INBODYBAND VS INBODYWATCH)

Fungsi InBodyBAND InBodyWATCH
Skrin Sentuh N Y
Masa Auto Y (Manual) Y
Tarikh N Y
Gegelang boleh tukar Gegelang InBodyBAND Sebarang gegelang bersaiz 18mm lebar
Penjejakan Aktiviti Sepanjang Hari
(Langkah)
Y Y
Pengukuran Komposisi Tubuh
(InBodyTEST)
Y Y
Pemantauan Kadar Denyut Jantung Berdasarkan Pergelangan Tangan Y (ECG) Y (Berterusan, PPG)
Penjejakan Tekanan N Y
Pengecaman Pergerakan Pintar
(EZTraining)
N Y
Penjejakan Tidur Automatik Y Y
Pemberitahuan (Panggilan, SMS, dll.) Y Y
Bluetooth Y Y
Tahan Air IP56 IP68
Tempoh Penggunaan (Anggaran) 5-7 Hari 3-5 Hari
Pengecas Kabel USB Mikro Dok Mengecas Unik
Android Android 5.0 & ke atas Android 5.0 & ke atas
Apple iOS iOS 8.0 & ke atas iOS 8.0 & ke atas