MINUMAN PROTEIN SOYA NUTRILITE
Minuman Protein Soya NUTRILITE
Ia merupakan protein berkualiti tinggi hasil gabungan unik soya, gandum dan kacang pis yang mengandungi sembilan asid amino. Bukan sahaja anda akan rasa kenyang lebih cepat dan dalam tempoh yang lebih lama, Minuman Protein Soya NUTRILITE juga menyokong pembangunan otot tanpa lemak.
Ia merupakan serbuk protein yang lengkap dari segi pemakanan. Gabungan tiga tumbuhan iaitu soya, gandum dan kacang pis kuning, ia mempunyai Skor Asid Amino yang Diperbetulkan dalam Kebolehcernaan Protein bersamaan satu (PDCAAS = 1). Ia mengandungi pelbagai fitonutrien daripada sumber protein berasaskan tumbuhan bukan GMO, tanpa kolesterol, tanpa laktosa, rendah lemak dan rendah karbohidrat dengan isoflavon soya semula jadi. Ia mengandungi 8g protein setiap sajian.
MANFAAT
- Protein membantu tubuh anda kekal bertenaga, membina otot, membaiki tisu dan menggalakkan pertumbuhan rambut, kuku dan tulang.
- Potein berkualiti tinggi, setanding dengan protein dalam daging, telur atau tenusu dengan sembilan asid amino penting (blok binaan protein) yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh anda tetapi mesti ada untuk membolehkannya berfungsi.
- Menyokong kesihatan optimum dengan perlindungan antioksidan.
- Berkesan sebagai sebahagian daripada rutin pengurusan berat badan.
- Rumusan yang mudah dihadam. Boleh membantu mengurangkan selera dan mengawal rasa lapar.
PENGGUNAAN PRODUK
- Saranan Penggunaan: 1 skup setiap hari.
- Campurkan dengan apa-apa minuman sejuk atau panas atau taburkan ke atas buah-buahan, bijirin atau yogurt.