PERJALANAN PENGURUSAN BERAT BADAN 60 HARI BODYKEY
SERLAHKAN DIRIMU YANG BARU!
Mulakan perjalanan pengurusan berat badan anda dengan BodyKey oleh Nutrilite. Yang berikut adalah arahan mudah untuk membimbing anda.
- Muat turun BodyKey App 2.0 dari Google Play Store atau Apple App Store. Serasi dengan telefon pintar yang beroperasi dengan IOS8.0 dan ke atas dan juga Android 5.0 atau lebih baru.
- Cas InBodyWATCH dengan meletakkan peranti di Dok Mengecas yang harus disambungkan dengan port USB atau adapter kuasa berspesifikasi USB 5V/1.0A. Kira-kira satu jam diperlukan untuk mengecas bateri sepenuhnya.
- Segerak dan Gandingkan BodyKey App 2.0 dengan InBodyWATCH anda, kemudian masukkan maklumat peribadi anda.
- Anda akan diminta untuk memasukkan Kod Induk (cth. MXXXXXXXXXXMY) yang anda akan terima apabila anda membeli Kit Permulaan BodyKey.
- Lengkapkan Penilaian Peribadi BodyKey untuk mengenal pasti perkara yang perlu anda ubah dan caranya.
- Pastikan anda menetapkan Matlamat untuk bilangan langkah dan berat sasaran (-/+) setiap minggu.
BodyKey App 2.0 memberikan nasihat sajian dan senaman harian yang khusus untuk anda dan membantu memecahkan halangan penurunan berat badan anda. Dapatkan suplemen NUTRILITE yang lain untuk menyokong gaya hidup lain yang boleh memberi kesan terhadap matlamat pengurusan berat badan anda, hubungi Pemilik Perniagaan AMWAY anda untuk mendapatkan nasihat lanjut.