5 Alasan Biasa Mengenai Kegagalan untuk Menurunkan Berat Badan
Jika anda beri perhatian kepada industri penurunan berat badan moden, anda mungkin telah mendengar berulang kali tentang betapa mudahnya menurunkan berat badan—hanya ambil pil ini, amalkan diet itu, atau beli peralatan ini, dan semuanya akan cair sepantas kilat. Hakikatnya, berbilion dolar dibelanjakan setiap tahun ke atas produk dan perkhidmatan penurunan berat badan. Namun begitu, masih ramai lagi yang mempunyai berat badan berlebihan. Jika anda bergelut dengan penurunan berat badan, anda tentu tahu betapa sukarnya menurunkan berat badan. Pun begitu, anda tidak sendirian kerana ramai orang yang bergelut dengan masalah yang sama setiap hari. 5 alasan paling biasa mengapa orang gagal menurunkan berat badan ialah:
1. MENETAPKAN MATLAMAT YANG TIDAK REALISTIK ATAU TIDAK PRAKTIKAL
Mempunyai visi yang jelas mengenai matlamat penurunan berat badan adalah penting bagi kejayaan anda. Malangnya, ramai orang mengalah dengan matlamat penurunan berat badan mereka kerana mereka mengharapkan hasil yang pantas tanpa memerlukan usaha, masa dan ketabahan. Oleh kerana lebih usaha diperlukan, ia boleh membuatkan anda terasa amat terbeban untuk membuat apa-apa langsung. Anda perlu mengatasi perasaan yang melemahkan ini dengan menganalisis melalui penetapan matlamat yang realistik dan mampu dicapai yang mendorong anda keluar dari zon selesa.
2. TIDAK MEMPUNYAI PELAN PENURUNAN BERAT BADAN YANG BETUL
Kesihatan bukan sesuatu yang berlaku begitu sahaja kepada anda. Ia sesuatu yang anda harus rancang, seperti percutian atau persaraan anda! Kebanyakan kita gagal kerana kita tidak “mereka bentuk kesihatan kita.” Kita tidak menetapkan syarat-syarat untuk kejayaan automatik. Reka kehidupan anda supaya anda tidak perlu berfikir tentang membuat sesuatu yang betul – mempunyai semua makanan yang betul di dalam rumah dan mempunyai pelan senaman untuk minggu itu lebih awal. Jangan harap anda boleh sihat dengan sendirinya, anda kena merancang!
3. MENGIKUTI PELBAGAI PROGRAM DIET YANG MELAMPAU DAN PENURUNAN BERAT BADAN IKUT-IKUTAN
Kasihanilah tubuh anda dan hentikan diet yang memerlukan anda berlapar dan diet ikut-ikutan. Berat badan anda adalah hasil dari pelbagai faktor fisiologi yang berlainan yang perlu disuburkan dengan nutrien yang baik lagi sihat untuk berfungsi mengikut cara yang ditetapkan untuknya. Anjakkan perspektif anda mengenai cara anda melihat makanan. Daripada memikirkan cara mengekang pengambilan makanan sebagai hukuman kerana kenaikan berat badan, mula bertanyakan kepada diri anda tentang cara anda boleh menyembuhkan badan anda dengan makanan yang enak dan berkhasiat sebagai ubat.
4. MEMBERI ALASAN UNTUK TIDAK BERSENAM
Ideanya ialah untuk membuatkan anda keluar dari zon selesa, mengikuti beberapa peraturan dan mengerahkan diri anda untuk mengikuti regim senaman. Jika anda merancangnya terlebih dahulu dan menggabungkan senaman ke dalam jadual harian anda, ada banyak peralatan berguna untuk membantu anda menjejaki kemajuan dan memastikan anda mencapai sasaran. Anda tidak perlu menghabiskan masa berjam-jam di gim. Anda hanya perlu menetapkan jadual senaman yang munasabah yang anda boleh ikuti setiap minggu. Ini bukan mengenai anda bermati-matian melakukan senaman — ia mengenai mencari sesuatu yang anda suka dan anda boleh meneruskannya untuk jangka masa yang lama.
5. TIDAK BERSEDIA UNTUK MENGUBAH ATAU MENYESUAIKAN DIRI DENGAN JADUAL ANDA.
Pilihan harian yang anda lakukan benar-benar boleh menguji anda. Apa berlaku jika anda terpaksa bekerja hingga lewat malam dan tidak dapat pergi ke gim? Bagaimana jika anda tersekat dalam kesesakan lalu lintas dan gagal ke kelas kecergasan? Apa sahaja boleh berlaku dalam satu hari yang boleh menjejaskan usaha anda. Petuanya ialah kefleksibelan. Ia sememangnya membantu jika anda sentiasa bersedia. Letakkan kasut senaman dalam kereta supaya anda boleh singgah di taman untuk berjalan pantas. Seringkali orang tidak jadi bersenam kerana sesuatu berlaku dan mereka tidak bersedia untuk itu atau mereka tidak sanggup memberi pilihan lain kepada diri sendiri.
Program Pengurusan Berat Badan BodyKey by Nutrilite™ telah direka dengan mengambil kira kesemua faktor ini bagi menyediakan program berat badan yang diperibadikan agar sesiapa sahaja orang boleh guna!