BodyKey – Pendekatan Holistik
Laluan ke arah penurunan berat badan yang sihat dan berjaya bukannya mudah. Terdapat banyak cabaran dan pilihan yang menanti individu yang ingin mengikuti perjalanan sedemikian. Untuk menurunkan berat badan secara berkesan dan mengekalkannya, adalah penting untuk memfokus pada pemakanan dan senaman, bukan hanya satu atau yang lain. Salah satu kunci untuk mengekalkan penurunan berat badan ialah mewujudkan perubahan gaya hidup yang mudah diurus dan anda mampu ikuti, bukan sekadar apa yang anda makan dan berapa banyak anda bersenam.
Fokus hendaklah sentiasa kepada membina kesihatan, dengan penurunan berat badan menjadi komponen sekunder. Terlalu banyak diet penurunan berat badan hanya tertumpu kepada alat penimbang atau saiz pakaian, tetapi pandangan sempit sebegini selalunya hanya membawa kepada hasil sementara dan malah membahayakan kesihatan keseluruhan dalam jangka panjang.
Program BodyKey by Nutrilite™ telah dibangunkan oleh sepasukan penyelidik, pakar pemakanan dan jurulatih kesejahteraan dengan kerjasama Institut Kesihatan Nutrilite dan juga Amway™ yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam diet, kecergasan, kesihatan dan kesejahteraan. Program ini menggunakan pendekatan integratif atau holistik ke arah penurunan berat badan untuk:
- Menganalisis dan menilai secara komprehensif enam faktor gaya hidup iaitu diet, aktiviti fizikal harian, penetapan minda, tidur, tekanan dan tabiat makan dengan menggunakan Ujian Penilaian Peribadi
- Merumus program pemakanan dan senaman fizikal diperibadikan yang disesuaikan untuk disepadukan dengan mudah ke dalam gaya hidup anda.
- Memotivasi dan membimbing anda di sepanjang perjalanan penurunan berat badan anda menggunakan InbodyWATCH.
- Membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan optimum.
Mengelakkan pendekatan satu saiz untuk semua, BodyKey by Nutrilite™ menggabungkan Alat Penilaian BodyKey, yang dirumus secara saintifik dan teknologi canggih termasuk InBodyWATCH yang terkini, untuk membolehkan anda menuju matlamat pengurusan berat badan dan kesihatan peribadi anda. Mulakan perjalanan pengurusan berat badan untuk menyerlah diri anda yang lebih cergas dan lebih sihat!