Prinsip Pengurusan Berat Badan

bodykey-malaysia-man-training-with-bodykey-inbodywatch.jpg

Pemakanan yang betul (mengamalkan diet seimbang) dan aktiviti fizikal harian adalah komponen penting mana-mana program pengurusan berat badan. Pada terasnya, penurunan berat badan hanya berlaku menerusi imbangan tenaga negatif atau defisit kalori, yang terhasil apabila kita menggunakan atau membakar lebih kalori daripada yang kita ambil. Cara yang paling berkesan untuk mewujudkan defisit kalori ini ialah menerusi kombinasi diet (mengehadkan pengambilan kalori) dan senaman (meningkatkan penggunaan kalori).

Pada dasarnya:

KALORI DIAMBIL < KALORI DIBAKAR = PENURUNAN BERAT BADAN


Sebaik saja anda memahami persamaan asas ini, anda boleh mengira dan mengurus pengambilan kalori dan juga mengimbanginya dengan senaman fizikal bagi mencapai defisit kalori harian anda dan menurunkan berat badan. Mengikut perspektif, defisit kalori harian sebanyak 1100 akan menghasilkan penurunan berat badan sekitar 1kg dalam tempoh seminggu. Sebahagian daripada penurunan berat badan yang berjaya ialah menetapkan matlamat realistik yang anda boleh capai kerana apabila anda mencapai matlamat anda, ia menyebabkan anda bermotivasi untuk mengekalkan gaya hidup sihat. Mulakan dengan sasaran yang lebih sederhana dan berusaha untuk mencapai matlamat penurunan berat badan anda yang ideal.