Sains Di Sebalik BodyKey

bodykey-malaysia-the-science-behind-bodykey-nutrilite-scientist.jpg

PENERAJU DALAM BIDANG PEMAKANAN DAN KESEJAHTERAAN SELAMA 80 TAHUN

FALSAFAH KAMI

Program BodyKey oleh NUTRILITE berkembang daripada prinsip-prinsip teras dan penyelidikan industri selama berpuluh-puluh tahun yang membolehkan NUTRILITE menjadi jenama vitamin dan suplemen diet #1 dari segi jualan di dunia* serta menjadi peneraju dalam industri pemakanan dan kesejahteraan selama 80 tahun.

Kami percaya kepada hasil yang sihat dan berpanjangan. Sebab itulah pendekatan kami terhadap pengurusan berat badan berasaskan Falsafah Kesihatan Optimum pengasas NUTRILITE, Carl Rehnborg yang "menggalakkan anda menjadi yang terbaik setiap hari dengan mengamalkan tabiat yang sihat dan seimbang dalam segala yang anda lakukan." Falsafah ini terus membimbing NUTRILITE setiap hari.

*Methodology Explanation: Source Euromonitor International Limited; Vitamins and Dietary Supplements, World, GBN, Retail Value RSP, % breakdown, 2014.

LALUAN KAMI

Program BodyKey oleh NUTRILITE menyingkirkan tekaan daripada penurunan berat badan. Program kami mudah diikuti dan membantu anda terus berada di landasan untuk mendapatkan hasil yang berpanjangan dan boleh dicapai; kerana ia direka agar benar-benar memenuhi keperluan anda. Disokong oleh Institut Kesihatan Nutrilite - daripada pelan pemakanan kami, produk pengurusan berat badan yang termaju dari segi saintifik hingga aktiviti fizikal - ia membantu anda menurunkan berat badan dengan selamat dan berkesan serta mengekalkannya.